About Yarn Bombing My

Yarn Bombing Malaysia juga dikenali sebagai YarnBombingMy. Idea bagi menyerap seni yarnbombing ke Malaysia telah di bawa oleh Qi Razali. Beliau mendapat ilham dari pengembaraannya ke Argentina pada tahun 2012. Ketika itu seni yarnbombing sedang rancak berkembang. Beliau cuba mengetengahkan seni yarnbombing itu di Malaysia.

Percubaan pertama beliau berjaya pada tahun 2016. Yarn Bombing pertama di Malaysia telah dipasang pada 31 Ogos 2016 di Ipoh sempena program kemerdekaan. Dengan kerjasama pengait tempatan yang dikenali sebagai @thesppj berjaya mengait (krushe) 2 balutan pokok.

Idea Qi tidak terhenti di Ipoh sahaja. Beliau cuba pelbagai cara dan cabang untuk membuka mata Malaysia kepada seni yarn bombing. Banyak pihak menolak cadangan dan idea beliau. Sehinggalah pada tahun 2017, cadangan beliau di terima oleh UPEN Terengganu. Yarn Bombing pertama di Terengganu di pasang sementara di Pantai Batu Buruk pada 31 Ogos 2017 sempena perbarisan kemerdekaan peringkat negeri. Kemudian telah di pindahkan ke kawasan landskap sekitar PMINT square melibatkan kawasan Paya Bunga, PB Square and KT Walk.

Yarnbombing malaysia: komuniti seni jalanan urban berasaskan benang ;graffiti benang dari seni mengait.

Yarnbombing malaysia: komuniti seni jalanan urban berasaskan benang ;graffiti benang dari seni mengait.


https://www.hmetro.com.my/hati/2017/11/283507/qi-ketengah-idea-berani